Khamis, 13 Oktober 2011
SK BUKIT TADOM (A)
Terletak 18 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, 7 km dari KLIA. Sekolah SKM dengan bilangan muridnya 97 orang (Kaum Orang Asli) dan bilangan gurunya 12 orang. Masalah penguasaan 4M(Membaca, Menulis, Mengira dan Mentaakul) dikalangan sebahagian kecil murid masih menjadi masalah yang terus diberi perhatian di sekolah ini. Selain program LINUS dan Pendidikan Pemulihan Khas.Program Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KeDAP) dilaksanakan. Kerajaan memperuntukkan RM 56 250.00 setiap sekolah yang melaksanakan KeDAP untuk membayar elaun pelajar dan guru yang mengajar serta untuk pembiayaan kos lawatan, pakaian, kesihatan dan peralatan pelajar. Di sekolah ini, pelajar KeDAP dipilih dari kalangan ibubapa yang mempunyai anak bermasaalah 4M. Tujuan utama KeDAP untuk membolehkan ibubapa membantu dan membimbing anak-anak mereka di rumah. Selain itu, Program Menguasai 4M Bersama Guru Besar dilaksanakan. Murid-murid bermasalah 4M diberi cerita pendek dan meminta mereka menyalin dengan menulis semula secara kemas dan bersih cerita tersebut dalam buku garis empat dengan tulisan dan ejaan yang betul. Murid-murid ini diminta membaca tulisan mereka di hadapan guru besar setiap hari. Murid-murid yang menunjukkan kemajuan akan diberi hadiah serta cerita pendek yang lain dan proses yang sama diteruskan. Selain itu, mereka juga diminta menjawab soalan untuk menguji kefahaman bacaan mereka. Semoga usaha ini akan menghasilkan kejayaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan