Rabu, 19 Oktober 2011

KPI Guru Besar

1 UPSR melebihi 80% lulus
2 UPSR - 5A melebihi 10 %
3 Menjadikan SKSC sekolah yang dihargai oleh semua warga sekolah dan masyarakat.
4 Kecemerlangan menjadi keutamaan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT

SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR:
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud.

 Alhamdulillah,Syukur kepada Allah SWT kerana dengan IzinNya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena dengan penerbitan blogger SK Kanchong Darat dan blogger MGB Kuala Langat.

Kewujudan blogger ini diilhamkan semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh IAB Genting Highland.Antara slot yang disampaikan ialah cara membuat gmail dan blogger.

Kursus Pengurusan Berkesan Melalui Aplikasi Komputer (IABI 111B14) anjuran IAB ini telah diadakan pada 11 Oktober,2011 hingga 13 Oktober,2011 yang diadakan di Bilik Jugra,PPD Kuala Langat. Peserta kursus ini terdiri daripada 30 orang Guru Besar Daerah Kuala Langat termasuk seorang peserta dari  Daerah Kuala Lipis Pahang iaitu Encik Ahmad Azman bin Johari.

Kursus ini dibawah pengelolaan Encik Ahmad Termizi bin Mohd Yusof selaku Pengurus, telah dibantu oleh Encik Zolkarnain bin Ujang dan Puan Nor Kamsiah bt. Jaafar.

Antara projek yang dihasilkan semasa kursus tersebut ialah mewujudkan gmail dan blogger sekolah masing-masing serta mewujdkan blogger Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kuala Langat.

Selaku penghulu (ketua) peserta kursus merangkap Pengerusi MGB Kuala Langat saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada Pensyarah IAB (Encik Ahmad Termizi, Encik Zolkarnain dan Puan Nor Kamsiah),Tuan PPD Kuala Langat (Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid) serta semua peserta kursus yang memberikan kerjasama serta komitmen dengan menghantar berita dan maklumat ke dalam blogger MGB Kuala Langat.

Semoga rakan-rakan akan meneruskan memberi komitmen dengan sentiasa menghantar dan mengemakini maklumat sekolah masing-masing.Rakan-rakan bolehlah melayari blogger MGB Kuala Langat dengan menaip http:mgbkualalangat untuk berkongsi  maklumat.

Selamat maju jaya semoga ilmu yang diterima dapat diaplikasikan untuk kebaikan kita bersama.

Sekian,terima kasih.

Daripada;
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud,
GB SK Kanchong Darat /
merangkap Pengerusi MGB Kuala Langat.
13 Oktober,2011.

MGB Kuala Langat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
MGB Kuala Langat ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Pensyarah IAB di bawah pengurusan Encik Ahmad Termizi bin Mohd Yusof,Encik Zorkarnain bin Ujang dan Puan Nor Kamsiah bt.Jaafar, Tuan PPD Kuala Langat,Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid serta rakan-rakan peserta Kursus Pengurusan Berkesan Melalui Aplikasi Komputer pada 11 Oktrober,2011 hingga 13 Oktober,2011 di atas kerjasama serta komitmen sehingga wujudkan blog MGB Kuala Langat.Semoga usaha ini dapat diteruskan.Terima kasih,
Daripada,
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud,
Pengerusi MGB Kuala Langat.
13 Oktober,2011.

Khamis, 13 Oktober 2011

SK BUKIT TADOM (A)

Terletak 18 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, 7 km dari KLIA. Sekolah SKM dengan bilangan muridnya 97 orang (Kaum Orang Asli) dan bilangan gurunya 12 orang. Masalah penguasaan 4M(Membaca, Menulis, Mengira dan Mentaakul) dikalangan sebahagian kecil murid masih menjadi masalah yang terus diberi perhatian di sekolah ini. Selain program LINUS dan Pendidikan Pemulihan Khas.Program Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KeDAP) dilaksanakan. Kerajaan memperuntukkan RM 56 250.00 setiap sekolah yang melaksanakan KeDAP untuk membayar elaun  pelajar dan guru yang mengajar serta untuk pembiayaan kos lawatan, pakaian, kesihatan dan peralatan pelajar. Di sekolah ini, pelajar KeDAP dipilih dari kalangan ibubapa yang mempunyai anak bermasaalah 4M. Tujuan utama KeDAP untuk membolehkan ibubapa membantu dan membimbing anak-anak mereka di rumah. Selain itu, Program Menguasai 4M Bersama Guru Besar dilaksanakan. Murid-murid bermasalah 4M diberi cerita pendek dan meminta mereka menyalin dengan menulis semula secara kemas dan bersih cerita tersebut dalam buku garis empat dengan tulisan dan ejaan yang betul. Murid-murid ini diminta membaca tulisan mereka di hadapan guru besar setiap hari. Murid-murid yang menunjukkan kemajuan akan diberi hadiah serta cerita pendek yang lain dan proses yang sama diteruskan. Selain itu, mereka juga diminta menjawab soalan untuk menguji kefahaman bacaan mereka. Semoga usaha ini akan menghasilkan kejayaan.

Rabu, 12 Oktober 2011

SK SG MANGGIS

SALAM PERKENALAN

SK SIJANGKANG JAYA

DEMOGRAFI PENDUDUK SEKITAR
SK SIJANGKANG JAYA

1.0               Pengenalan
2.0               Kegiatan Ekonomi
2.1               sektor pertanian
2.2               sektor perikanan
2.3               sektor awam
2.4               sektor swasta
2.5               lain-lain
3.0               Petempatan Penduduk
3.1               berpusat
3.2               berkelompok

Kebanyakan penduduk terdiri daripada orang Melayu ( 95% ) dan selebihnya adalah lain-lain bangsa ( 5%). Sijangkang Jaya adalah nama Taman persekitaran sekolah di Sijangkang merupakan kawasan luar bandar yang terletak kira – kira 15KM dari Bandar DiRaja Klang dan 22KM dari Bandar Banting yang dihubungkan dengan sebatang jalanraya sahaja.

Kegiatan ekonomi penduduk terdiri daripada beberapa sektor iaitu :-
i)                    Sektor Perikanan            
-                      Nelayan Pinggir Pantai

ii)                   Sektor Pertanian             
-                      Perternak (  lembu, ayam dan kambing )
-                      Perkebun ( kelapa sawit)

iii)                 Sektor Awam    
-                      Profesional ( Guru, Pensyarah dan lain-lain )
-                      Staf Sokongan( Kerani, PTR, Buruh dan lain-lain )

iv)                 Lain-lain                              
-                      Peniaga( Restoran dan kedai runcit )
-                      Pengusaha Stesen Minyak

Petempatan penduduk terdiri daripada beberapa pola iaitu :-

i)                    Berpusat
-                      Rumah kampong
-                      Perumahan

ii)                   Berkelompok
-                      Rumah Guru




Kesimpulan

                                Secara amnya penduduk boleh dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ini kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja dalam sektor pertanian dan sektor perikanan. Dalam sektor pertanian mereka mengusahakan tanaman kelapa sawit dan mendapat bantuan daripada pihak jabatan pertanian iaitu penempatan,baja dan anak benih manakala dalam sektor perikanan pula mereka mendapat bantuan daripada jabatan perikanan iaitu subsidi minyak dan enjin.

Selain itu, pola petempatan penduduk di sini tidak mengikut perancangan kerana ada yang pola berpusat, berjajar dan berkelompok. Ini kerana penempatan berpusat kepada tempat pekerjaan mereka iaitu petani disekitar tanah beris berpasir dan berjajar bagi nelayan disekitar tepi pantai. Jalanraya merupakan perhubungan antara penduduk dan Bandar. Oleh sebab itu, ramai peniaga  berusaha membuka gerai jualan secara kecil-kecilan.


SK BUKIT CHANGGANG

SK Bukit Changgang :15 Oktober 2011 satu sesi LDP akan diadakan di Dewan Tempua Wetland Sepang.