Jumaat, 14 Oktober 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT

SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR:
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud.

 Alhamdulillah,Syukur kepada Allah SWT kerana dengan IzinNya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena dengan penerbitan blogger SK Kanchong Darat dan blogger MGB Kuala Langat.

Kewujudan blogger ini diilhamkan semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh IAB Genting Highland.Antara slot yang disampaikan ialah cara membuat gmail dan blogger.

Kursus Pengurusan Berkesan Melalui Aplikasi Komputer (IABI 111B14) anjuran IAB ini telah diadakan pada 11 Oktober,2011 hingga 13 Oktober,2011 yang diadakan di Bilik Jugra,PPD Kuala Langat. Peserta kursus ini terdiri daripada 30 orang Guru Besar Daerah Kuala Langat termasuk seorang peserta dari  Daerah Kuala Lipis Pahang iaitu Encik Ahmad Azman bin Johari.

Kursus ini dibawah pengelolaan Encik Ahmad Termizi bin Mohd Yusof selaku Pengurus, telah dibantu oleh Encik Zolkarnain bin Ujang dan Puan Nor Kamsiah bt. Jaafar.

Antara projek yang dihasilkan semasa kursus tersebut ialah mewujudkan gmail dan blogger sekolah masing-masing serta mewujdkan blogger Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kuala Langat.

Selaku penghulu (ketua) peserta kursus merangkap Pengerusi MGB Kuala Langat saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada Pensyarah IAB (Encik Ahmad Termizi, Encik Zolkarnain dan Puan Nor Kamsiah),Tuan PPD Kuala Langat (Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid) serta semua peserta kursus yang memberikan kerjasama serta komitmen dengan menghantar berita dan maklumat ke dalam blogger MGB Kuala Langat.

Semoga rakan-rakan akan meneruskan memberi komitmen dengan sentiasa menghantar dan mengemakini maklumat sekolah masing-masing.Rakan-rakan bolehlah melayari blogger MGB Kuala Langat dengan menaip http:mgbkualalangat untuk berkongsi  maklumat.

Selamat maju jaya semoga ilmu yang diterima dapat diaplikasikan untuk kebaikan kita bersama.

Sekian,terima kasih.

Daripada;
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud,
GB SK Kanchong Darat /
merangkap Pengerusi MGB Kuala Langat.
13 Oktober,2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan