DEMOGRAFI PENDUDUK SEKITAR
SK SIJANGKANG JAYA
1.0 Pengenalan
2.0 Kegiatan Ekonomi
2.1 sektor pertanian
2.2 sektor perikanan
2.3 sektor awam
2.4 sektor swasta
2.5 lain-lain
3.0 Petempatan Penduduk
3.1 berpusat
3.2 berkelompok
Kebanyakan penduduk terdiri daripada orang Melayu ( 95% ) dan selebihnya adalah lain-lain bangsa ( 5%). Sijangkang Jaya adalah nama Taman persekitaran sekolah di Sijangkang merupakan kawasan luar bandar yang terletak kira – kira 15KM dari Bandar DiRaja Klang dan 22KM dari Bandar Banting yang dihubungkan dengan sebatang jalanraya sahaja.
Kegiatan ekonomi penduduk terdiri daripada beberapa sektor iaitu :-
i) Sektor Perikanan
- Nelayan Pinggir Pantai
ii) Sektor Pertanian
- Perternak ( lembu, ayam dan kambing )
- Perkebun ( kelapa sawit)
iii) Sektor Awam
- Profesional ( Guru, Pensyarah dan lain-lain )
- Staf Sokongan( Kerani, PTR, Buruh dan lain-lain )
iv) Lain-lain
- Peniaga( Restoran dan kedai runcit )
- Pengusaha Stesen Minyak
Petempatan penduduk terdiri daripada beberapa pola iaitu :-
i) Berpusat
- Rumah kampong
- Perumahan
ii) Berkelompok
- Rumah Guru
Kesimpulan
Secara amnya penduduk boleh dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ini kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja dalam sektor pertanian dan sektor perikanan. Dalam sektor pertanian mereka mengusahakan tanaman kelapa sawit dan mendapat bantuan daripada pihak jabatan pertanian iaitu penempatan,baja dan anak benih manakala dalam sektor perikanan pula mereka mendapat bantuan daripada jabatan perikanan iaitu subsidi minyak dan enjin.
Selain itu, pola petempatan penduduk di sini tidak mengikut perancangan kerana ada yang pola berpusat, berjajar dan berkelompok. Ini kerana penempatan berpusat kepada tempat pekerjaan mereka iaitu petani disekitar tanah beris berpasir dan berjajar bagi nelayan disekitar tepi pantai. Jalanraya merupakan perhubungan antara penduduk dan Bandar. Oleh sebab itu, ramai peniaga berusaha membuka gerai jualan secara kecil-kecilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan