Rabu, 19 Oktober 2011

KPI Guru Besar

1 UPSR melebihi 80% lulus
2 UPSR - 5A melebihi 10 %
3 Menjadikan SKSC sekolah yang dihargai oleh semua warga sekolah dan masyarakat.
4 Kecemerlangan menjadi keutamaan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT

SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR:
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud.

 Alhamdulillah,Syukur kepada Allah SWT kerana dengan IzinNya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena dengan penerbitan blogger SK Kanchong Darat dan blogger MGB Kuala Langat.

Kewujudan blogger ini diilhamkan semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh IAB Genting Highland.Antara slot yang disampaikan ialah cara membuat gmail dan blogger.

Kursus Pengurusan Berkesan Melalui Aplikasi Komputer (IABI 111B14) anjuran IAB ini telah diadakan pada 11 Oktober,2011 hingga 13 Oktober,2011 yang diadakan di Bilik Jugra,PPD Kuala Langat. Peserta kursus ini terdiri daripada 30 orang Guru Besar Daerah Kuala Langat termasuk seorang peserta dari  Daerah Kuala Lipis Pahang iaitu Encik Ahmad Azman bin Johari.

Kursus ini dibawah pengelolaan Encik Ahmad Termizi bin Mohd Yusof selaku Pengurus, telah dibantu oleh Encik Zolkarnain bin Ujang dan Puan Nor Kamsiah bt. Jaafar.

Antara projek yang dihasilkan semasa kursus tersebut ialah mewujudkan gmail dan blogger sekolah masing-masing serta mewujdkan blogger Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kuala Langat.

Selaku penghulu (ketua) peserta kursus merangkap Pengerusi MGB Kuala Langat saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada Pensyarah IAB (Encik Ahmad Termizi, Encik Zolkarnain dan Puan Nor Kamsiah),Tuan PPD Kuala Langat (Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid) serta semua peserta kursus yang memberikan kerjasama serta komitmen dengan menghantar berita dan maklumat ke dalam blogger MGB Kuala Langat.

Semoga rakan-rakan akan meneruskan memberi komitmen dengan sentiasa menghantar dan mengemakini maklumat sekolah masing-masing.Rakan-rakan bolehlah melayari blogger MGB Kuala Langat dengan menaip http:mgbkualalangat untuk berkongsi  maklumat.

Selamat maju jaya semoga ilmu yang diterima dapat diaplikasikan untuk kebaikan kita bersama.

Sekian,terima kasih.

Daripada;
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud,
GB SK Kanchong Darat /
merangkap Pengerusi MGB Kuala Langat.
13 Oktober,2011.

MGB Kuala Langat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
MGB Kuala Langat ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Pensyarah IAB di bawah pengurusan Encik Ahmad Termizi bin Mohd Yusof,Encik Zorkarnain bin Ujang dan Puan Nor Kamsiah bt.Jaafar, Tuan PPD Kuala Langat,Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid serta rakan-rakan peserta Kursus Pengurusan Berkesan Melalui Aplikasi Komputer pada 11 Oktrober,2011 hingga 13 Oktober,2011 di atas kerjasama serta komitmen sehingga wujudkan blog MGB Kuala Langat.Semoga usaha ini dapat diteruskan.Terima kasih,
Daripada,
Haji Abdul Hamid bin Haji Md Daud,
Pengerusi MGB Kuala Langat.
13 Oktober,2011.

Khamis, 13 Oktober 2011

SK BUKIT TADOM (A)

Terletak 18 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, 7 km dari KLIA. Sekolah SKM dengan bilangan muridnya 97 orang (Kaum Orang Asli) dan bilangan gurunya 12 orang. Masalah penguasaan 4M(Membaca, Menulis, Mengira dan Mentaakul) dikalangan sebahagian kecil murid masih menjadi masalah yang terus diberi perhatian di sekolah ini. Selain program LINUS dan Pendidikan Pemulihan Khas.Program Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KeDAP) dilaksanakan. Kerajaan memperuntukkan RM 56 250.00 setiap sekolah yang melaksanakan KeDAP untuk membayar elaun  pelajar dan guru yang mengajar serta untuk pembiayaan kos lawatan, pakaian, kesihatan dan peralatan pelajar. Di sekolah ini, pelajar KeDAP dipilih dari kalangan ibubapa yang mempunyai anak bermasaalah 4M. Tujuan utama KeDAP untuk membolehkan ibubapa membantu dan membimbing anak-anak mereka di rumah. Selain itu, Program Menguasai 4M Bersama Guru Besar dilaksanakan. Murid-murid bermasalah 4M diberi cerita pendek dan meminta mereka menyalin dengan menulis semula secara kemas dan bersih cerita tersebut dalam buku garis empat dengan tulisan dan ejaan yang betul. Murid-murid ini diminta membaca tulisan mereka di hadapan guru besar setiap hari. Murid-murid yang menunjukkan kemajuan akan diberi hadiah serta cerita pendek yang lain dan proses yang sama diteruskan. Selain itu, mereka juga diminta menjawab soalan untuk menguji kefahaman bacaan mereka. Semoga usaha ini akan menghasilkan kejayaan.

Rabu, 12 Oktober 2011

SK SG MANGGIS

SALAM PERKENALAN

SK SIJANGKANG JAYA

DEMOGRAFI PENDUDUK SEKITAR
SK SIJANGKANG JAYA

1.0               Pengenalan
2.0               Kegiatan Ekonomi
2.1               sektor pertanian
2.2               sektor perikanan
2.3               sektor awam
2.4               sektor swasta
2.5               lain-lain
3.0               Petempatan Penduduk
3.1               berpusat
3.2               berkelompok

Kebanyakan penduduk terdiri daripada orang Melayu ( 95% ) dan selebihnya adalah lain-lain bangsa ( 5%). Sijangkang Jaya adalah nama Taman persekitaran sekolah di Sijangkang merupakan kawasan luar bandar yang terletak kira – kira 15KM dari Bandar DiRaja Klang dan 22KM dari Bandar Banting yang dihubungkan dengan sebatang jalanraya sahaja.

Kegiatan ekonomi penduduk terdiri daripada beberapa sektor iaitu :-
i)                    Sektor Perikanan            
-                      Nelayan Pinggir Pantai

ii)                   Sektor Pertanian             
-                      Perternak (  lembu, ayam dan kambing )
-                      Perkebun ( kelapa sawit)

iii)                 Sektor Awam    
-                      Profesional ( Guru, Pensyarah dan lain-lain )
-                      Staf Sokongan( Kerani, PTR, Buruh dan lain-lain )

iv)                 Lain-lain                              
-                      Peniaga( Restoran dan kedai runcit )
-                      Pengusaha Stesen Minyak

Petempatan penduduk terdiri daripada beberapa pola iaitu :-

i)                    Berpusat
-                      Rumah kampong
-                      Perumahan

ii)                   Berkelompok
-                      Rumah Guru




Kesimpulan

                                Secara amnya penduduk boleh dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ini kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja dalam sektor pertanian dan sektor perikanan. Dalam sektor pertanian mereka mengusahakan tanaman kelapa sawit dan mendapat bantuan daripada pihak jabatan pertanian iaitu penempatan,baja dan anak benih manakala dalam sektor perikanan pula mereka mendapat bantuan daripada jabatan perikanan iaitu subsidi minyak dan enjin.

Selain itu, pola petempatan penduduk di sini tidak mengikut perancangan kerana ada yang pola berpusat, berjajar dan berkelompok. Ini kerana penempatan berpusat kepada tempat pekerjaan mereka iaitu petani disekitar tanah beris berpasir dan berjajar bagi nelayan disekitar tepi pantai. Jalanraya merupakan perhubungan antara penduduk dan Bandar. Oleh sebab itu, ramai peniaga  berusaha membuka gerai jualan secara kecil-kecilan.


SK BUKIT CHANGGANG

SK Bukit Changgang :15 Oktober 2011 satu sesi LDP akan diadakan di Dewan Tempua Wetland Sepang.

SK SERI CHEDING

SK Seri Cheding akan bersama-sama menjana usaha meningkatkan kecemarlangan akademik di Daerah Kuala Langat.

SJKC TANJUNG SEPAT

DITUBUHKAN PADA TAHUN 1951

SK MORIB

SK Morib terletak 12 km daripada pekan Banting ,42km daripada pekan Sungai Pelek. Ia berhampiran dengan pantai Morib. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1905. Sekolah ini menjalankan dua aliran iaitu aliran perdana dan kelas Pendidikan Khas.
Bilangan stafnya adalah 38 orang guru dan 8 orang staf sokongan. Bilangan muridnya pula adalah seramai 305 orang.

SK SERI LANANG

KATMO peringkat Negeri Selangor telah dijalankan di Daerah Sabak Bernam dari 7 - 8 Oktober 2011. SK Seri Lanang selaku pengerusi telah membawa pasukan Kuala Langat menjadi naib johan pertandingan kriket bawah 10 tahun KATMO Negeri Selangor. Seramai 10 orang murid sekolah ini telah berjaya mewakili Daerah Kuala Langat. Tahniah!

SK KAMPONG ENDAH

SK Kampong Endah terletak kira-kira 16 km dari PPD Kuala Langat.Sekolah ini mempunyai 30 orang guru iaitu 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan.Bilangan muridnya adalah seramai 331 orang.

SK JUGRA


SK Jugra akan menerima hadiah sempena pertandingan " PROTEX" di CURVE, Bandar Utama, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2011 bersamaan Hari Sabtu.

SJKT SUNGAI BUAYAt

SJKT SUNGAI BUAYA merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.  Ianya  terletak jauh dari Bandar Banting.  Ianya dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. Mempunyai 12 orang guru dan 4 orang kakitangan. Sekolah ini mempunyai padang yang cantik.

SJK(T) sungai manggis

Sekolah SJK(T) sungai manggis sebuah sekolah bantuan penuh. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Bandar Mahkota (Brooklands).

SK SG KELAMBU

SK Sg Kelambu ialah sebuah sekolah kecil yang letaknya dalam Kampung Sg Kelambu. Persekitarannya sangat tenang dan aman. Sekolah ini diteraju oleh guru  besar dengan dibantu oleh tiga orang penolong kanan, 26 orang guru dan 10 orang AKS.Bilangan murid di sekolah ini lebih kurang 280 orang.Walau bagaimanapun, buat masa ini,  ketiga-tiga penolong kanan tiada kerana dua orang sedang menunaikan haji dan seorang lagi sakit.Semoga berkat sokongan semua warganya, sekolah ini dapat diurus dengan baik.

SK CHEGAR PERAH

Saya Ahmad Azman Bin Johari. Guru Besar SK Chegar Perah, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Pengalaman mengajar di sini sejak tahun 2008 lagi. Guru di sekolah saya seramai 13 orang. Murid pula seramai 142 orang. Sekolah ini agak pedalaman untuk sampai ke sini mengambil masa 1 jam lebih dari Kuala Lipis.

SEJARAH SK BANDAR

SK Bandar , Jalan Istana adalah merupakan sebuah sekolah yang tertua di Kuala Langat. Mula beroperasi seawal tahun 1826. Nama asalnya adalah Sekolah Dandan Bakti Raja. Lokasinya terletak di kawasan bersejarah iaitu berdekatan dengan Istana Bandar, Masjid DiRaja Sultan Alaeddin Kg Bandar juga Bukit Jugra yang terkenal dengan Rumah Api dan Makam DiRaja.
Profil Sekolah:
Bilangan Murid  :  325
Bilangan Guru    :   29
Keluasan           :   3.19 ekar
Slogan               :   Menghayati dan Merealisasi Kecemerlangan

SJKC SIMPANG MORIB

Tahun ditubuhkan : 1969
Kawasan : Luar Bandar
Jenis Sekolah : Sekolah Kerajaan
Gred Sekolah : A
Luas Kawasan Sekolah : 3.84 ekar

Maklumat SK Sungai Lang

Saya Guru Besar SK Sungai Lang ingin memaklumkan kepada tuan bahawa pada 15hb Oktober 2011
hari Sabtu, saya bersama dua orang guru pengiring bersama 20 orang murid akan ke The Curve, Mutiara
Damansara untuk menerima anugerah Pertandingan Rekacipta anjuran PROTEX. Dalam pertandingan
itu SK Sungai Lang berada dalam 5 kumpulan teratas daripada 25 buah sekolah terpilih di seluruh negara.
Dalam anugerah ini sekolah telah dimaklumkan akan menerima hadiah wang tunai RM10 ribu.
Sekian, untuk makluman.

Maklumat SK Telok Panglima Garang

Assalamualaikum wbt.

Saya Hassan bin Wahid merupakan Guru Besar SK Telok Panglima Garang. Saya mula bertugas di sekolah ini mulai 16 September 2011. Bantuan dan sokongan tuan amat dialu-alukan untuk membantu saya dalam meningkatkan prestasi pengurusan dan pentadbiran sekolah saya.

Sekian.

GB
SK Telok panglima garang